WASHINGTON – Gambar baharu yang didakwa sebagai objek terbang tidak dikenali (UFO) selebar 305 meter (1,000 kaki) dirakam berhampiran mercu tanda empat buah negeri di Amerika Syarikat (AS) sehingga mencetuskan sensasi di internet, lapor akhbar New York Post semalam.
Seorang bekas pekerja Jabatan Pertahanan AS, Luis ‘Lue’ Elizondo menunjukkan gambar UFO yang lebar berwarna perak itu kepada panel Dana Objek Terbang Tidak Diketahui (UAP) sebelum menjadi tular.
Dia mendakwa gambar itu dirakam oleh juruterbang syarikat penerbangan komersial pada 2021 yang terbang pada ketinggian 6,400 meter berhampiran mercu tanda, Four Corners.
Mercu tanda itu menemukan negeri New Mexico, Arizona, Utah dan Colorado.
Seorang netizen dikenali Dr. Diclosure mengulas: “Ini jelas lingkaran tanaman (bentuk bulatan dihasilkan petani seperti membakar kawasan pertanian), bukannya UAP.”
“Adakah anda serius? Adakah anda tidak pernah menaiki kapal terbang sebelum ini? Lingkaran pertanian ini sangat biasa,”kata seorang lagi netizen, Jeff Knox. – AGENSI