Trump umum tarif baharu, Malaysia 24 peratus 

TARIF

Trump menunjukkan carta tarif pada acara Make America Wealthy Again di White House di Washington, DC kelmarin. – AFP

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan tarif timbal balik baharu ke atas import dari seluruh negara sekali gus mencetuskan kejutan ekonomi dan ‘menggegarkan’ pasaran global, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) semalam. 

Trump mengenakan tarif asas sebanyak 10 peratus terhadap semua barangan import ke AS yang berkuat kuasa 5 April ini. 

Seorang pegawai kanan White House mengesahkan bahawa kira-kira 60 negara digelar ‘pesalah paling teruk’ akan dikenakan tarif timbal balik yang tinggi. Ia berkuat kuasa pada 9 April. 

Langkah itu dibuat bagi menangani ketidakseimbangan perdagangan akibat perbezaan tarif yang tidak adil serta halangan ‘bukan tarif’ terhadap perdagangan AS. 

Negara-negara yang terlibat adalah China sebanyak 34 peratus, Kesatuan Eropah (20 peratus), Thailand (36 peratus), Vietnam (46 peratus), Jepun (24 peratus), Kemboja (49 peratus), Afrika Selatan (30 peratus) dan Taiwan (32 peratus).

Malaysia pula dikenakan tarif timbal balik sebanyak 24 peratus. 

Tiada tarif tambahan ke atas Kanada dan Mexico, di mana dua negara itu tidak disebut dalam pengumuman tarif baharu tersebut.

Selain itu, Trump mengumumkan tarif 25 peratus ke atas semua kereta buatan asing.

Tarif tersebut akan terjejas hampir serta-merta, pada tengah malam 3 April. – AGENSI