WASHINGTON – Pentadbiran Presiden Donald Trump mula memberhentikan pekerja dalam tempoh percubaan ketika pihaknya memulakan langkah mengecilkan bilangan kakitangan awam persekutuan.
Menurut data kerajaan, Amerika Syarikat (AS) mengaji lebih 200,000 pekerja persekutuan yang berkhidmat dalam tempoh percubaan atau kontrak.
Pentadbiran Trump mengarahkan agensi berkaitan supaya memecat kebanyakan kakitangan kontrak dan percubaan yang mana mereka kurang dilindungi oleh undang-undang kakitangan awam tetap, lapor media AS kelmarin.
Seorang kakitangan yang dibuang kerja oleh Pejabat Pengurusan Kakitangan Amerika Syarikat (OPM) memberitahu AFP bahawa dia dipecat semasa sidang video bersama 100 pekerja lain.
Selepas sidang video berakhir, pekerja wanita itu menerima surat daripada pemangku pengarah OPM, Charles Ezell mengesahkan dia dipecat. Aksesnya juga disekat kurang sejam kemudian.
Tindakan diketuai oleh OPM itu bertujuan untuk mengurangkan bilangan kakitangan awam dengan menawarkan lapan bulan gaji untuk mereka meletak jawatan.
Mana-mana pekerja yang menolak pilihan tersebut akan dipecat pada masa akan datang.
Menurut White House, lebih 65,000 kakitangan awam persekutuan telah menerima tawaran OPM tersebut. – AGENSI