Trump akan dedah rakaman UFO jika menang Presiden AS

Trump UFO

GAMBAR fail Trump di New York. – Foto AFP

WASHINGTON  – Calon Presiden Parti Republikan, Donald Trump berikrar untuk berkongsi video tentang pertembungan jarak dekat melibatkan objek terbang tidak dikenali (UFO) daripada fail tentera jika beliau dipilih semula sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS), lapor portal berita Daily Star kelmarin.

Trump berkata, beliau akan mendesak Pentagon untuk menyahklasifikasikan rakaman video yang didakwa menunjukkan pertemuan dekat dengan UFO.

Ia bertujuan supaya rakaman video itu boleh ditonton oleh masyarakat buat kali pertama. 

Trump memberitahu seorang pengacara media digital, Lex Fridman bahawa beliau pasti akan mendedahkan rakaman rahsia UFO kepada orang awam.

Fridman bertanya: “Adakah anda akan membantu mendesak Pentagon untuk mengeluarkan lebih banyak rakaman (UFO)?”

Trump menjawab: “Oh ya, sudah pasti, saya akan buat itu (mengarahkan rakaman video UFO dikeluarkan). Mungkin ada hidupan di planet lain.”

Beliau berdepan saingan utama, Kamala Harris daripada Parti Demmokrat untuk merebut jawatan ketua negara AS dalam pilihan raya pada November ini. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *