Trend remaja ‘jadi haiwan’ membimbangkan 

remaja menyamar haiwan

Tangkap layar menunjukkan seorang remaja memakai kostum haiwan melintasi jalan raya sambil merangkak di Russia. – East2West

MOSCOW – Satu trend popular muncul dalam kalangan remaja Russia dan negara bekas Kesatuan Soviet lain, yang menyaksikan golongan itu berpakaian menyerupai haiwan serta menyerang orang ramai di jalanan, lapor akhbar The Sun UK. 

Remaja-remaja itu meniru ciri-ciri dan tingkah laku haiwan seperti menyalak, menggeram, merangkak serta menyerang orang lain selepas merasa terancam. 

Satu rakaman video menunjukkan sekumpulan remaja memakai kostum haiwan sambil merangkak di jalan-jalan di Uzbekistan. 

Rakaman lain pula memaparkan seorang kanak-kanak yang berpakaian seperti kucing ditambat dengan tali yang dipegang oleh ibunya. 

Mereka digelar sebagai Quadrobers kerana meniru pegerakan dan bunyi haiwan sambil memakai elemen seperti topeng, kuku dan ekor. 

Susulan trend itu, pihak berkuasa tempatan mengancam untuk mengenakan denda kepada ibu bapa bagi kanak-kanak yang didapati melakukan quadrobbing di khalayak ramai. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *