PETALING JAYA – “Semoga tahun hadapan kita bertiga.”
Demikian ucapan pelakon Janna Nick buat suaminya Dini Schatzmann sempena sempena hari kelahiran ulang tahun ke-30.
Dalam masa sama, Janna atau Nurul Jannah Muner, 29, bersyukur memiliki suami yang penyabar selain mendoakan kesejahteraan buat pemilik nama lengkap Dini Azan Schatzmann itu.
“Terima kasih kerana bersabar dengan saya melalui semua kesukaran ini. Semoga awak menikmati sehari tanpa pujuk saya.
“Alhamdulillah untuk semua kebahagiaan yang awak bawa dalam hidup saya.
“Terima kasih sebab selalu mengalah. Saya berdoa agar Allah terus kurniakan kesabaran yang tinggi, kesihatan baik, rezeki melimpah dan bahagia dunia akhirat,”katanya.
Ucapan tersebut dimuat naik dalam sebuah video Instagram yang memperlihatkan Janna membuat kejutan buat Dini ketika mereka sedang menghafal surah Al-Mulk semasa berada di Tanah Suci.
Rata-rata peminat turut mendoakan agar pasangan itu dikurniakan zuriat selepas setahun mendirikan rumah tangga.
“Semoga ada rezeki zuriat pada hujung tahun ini dan tahun hadapan akan bertiga,”kata peminat.
“Saya tengah hamil dan saya doakan semoga Allah kurniakan awak cahaya mata suatu hari nanti,”ujar pengikut.
Pada Jun lalu, pelakon filem Kimchi Untuk Awak itu turut meluahkan hasrat mahu memiliki cahaya mata ketika meraikan hari jadinya yang ke-29.
Sebelum ini, isteri kepada aktor Dini Schatzmann itu sedih apabila hasratnya untuk menimang cahaya mata belum kesampaian selepas membuat ujian kehamilan.
Janna dan Dini mendirikan rumah tangga di Langkawi, Kedah pada 10 Jun 2023.
Dia juga sebelum ini pernah meraih kecaman kerana melahirkan hasrat untuk memiliki zuriat berzodiak Libra yang dilahirkan antara 23 September sehingga 22 Oktober. – https://amiminerals.org/