Telefon bimbit tidak mengakibatkan kanser otak – Kajian

Telefon barah

GAMBAR fail seorang wanita menggunakan telefon bimbit di Beijing, China. – Foto AFP

WELLINGTON – Telefon bimbit tidak mengakibatkan kanser otak dan leher, demikian menurut salah satu kajian terbesar dan paling komprehensif yang dijalankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan New Zealand.

Menurut laman berita Wion News semalam, selama bertahun-tahun, tanggapan umum adalah telefon bimbit yang memancarkan gelombang radio, boleh menyebabkan kanser otak atau bentuk tumor lain. 

Bagaimanapun, satu penyelidikan yang melibatkan semakan terhadap 64 kajian pemerhatian, mendokumentasikan penggunaan telefon bimbit dan kesannya terhadap tubuh manusia. Kajian itu diterbitkan antara tahun 1994 hingga 2022.

Hasilnya mendapati, tiada kaitan antara sebarang jenis kanser yang disebabkan oleh penggunaan telefon mudah alih. 

Selain itu, kajian tersebut menjelaskan bahawa penggunaan telefon bimbit tiada kaitan dengan kanser walaupun seseorang menggunakan gajet itu selama 10 tahun atau lebih.

“Tiada responden yang dikaji menunjukkan terdapat peningkatan risiko (kanser otak),”kata Mark Elwood, pengarang bersama kajian dan profesor epidemiologi kanser di Universiti Auckland, New Zealand. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *