Tak tahan sejuk, isteri minta cerai suami suka pasang ‘aircond’

geli cerai

Tangkap layar menunjukkan wanita itu memfailkan perceraian di Mahkamah Agama Kandangan di wilayah Kalimantan Selatan. – TikTok

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia mengundang kecaman pengguna media sosial selepas memfailkan perceraian kerana suaminya kerap memasang penyaman udara semasa tidur, lapor portal berita Suara.com semalam. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @yyaaa0807, wanita itu ditemani rakannya di Mahkamah Agama, Kandangan, wilayah Kalimantan Selatan untuk memfailkan perceraian.

“Rakan saya mahu bercerai gara-gara suaminya gemar memasang ‘aircond’ sebelum tidur dan dia tidak boleh tidur tanpa penyaman udara,” demikian menurut keterangan vide tersebut. 

Perbuatan itu tidak dapat diterima oleh si isteri, menyebabkan wanita tersebut nekad untuk bercerai. 

Rakaman itu meraih lebih 375,000 tontonan dan menimbulkan kekecohan di ruangan komen. 

“Belilah selimut yang tebal!” marah seorang netizen. 

“Sangat kelakar,” sindir netizen lain. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *