JAKARTA – Seorang pencuri di Indonesia mengalami nasib malang apabila dia terperangkap di atas bumbung sebuah masjid selepas gagal melarikan diri, lapor portal berita Tribunnews.
Kejadian berlaku di Masjid Al-Inayah di Batu Bara, wilayah Sumatera Utara kelmarin.
Rakaman dimuat naik di media sosial memaparkan lelaki tersebut memanjat bumbung masjid apabila perbuatannya yang memecah masuk rumah disedari oleh penduduk tempatan.
Suspek juga menangis teresak-esak ketika dikepung oleh penduduk setempat.
Dia dibawa turun selepas tangannya ditarik oleh seorang lelaki sebelum dipukul dan ditendang beramai-ramai.
Rakaman itu mencatatkan lebih 7,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Justeru buat semua pencuri, jangan mencuri harta orang kalau tidak mahu dimalukan,” kata seorang netizen. – AGENSI