SYDNEY – Seorang lelaki di Australia menemui seekor ular sawa berlingkar di dalam mangkuk tandasnya untuk kali kedua dalam tempoh seminggu, lapor akhbar New York Post semalam.
Penangkap Ular Teluk Hervey di Queensland terpaksa dipanggil pada 22 Oktober lalu untuk mengeluarkan ular sawa itu.
“Pemilik rumah menghubungi kami selepas menemui ular itu ketika dia pergi ke tandas. Ia adalah seekor ular sawa betina yang mungkin berada di sana untuk merendam kulitnya sebelum bersalin kulit,”kata penangkap ular tersebut, Drew Godfrey kepada Newsweek.
Selepas mengeluarkan reptilia itu daripada mangkuk tandas, mereka menyiarkan imejnya di laman Facebook.
Syarikat itu juga menyatakan bahawa pihaknya terpaksa memotong paip di bawah rumah dalam usaha untuk mengeluarkan ular tersebut,
Walaupun ular sawa pantai itu tidak berbisa, pemilik rumah masih terkejut dengan kehadiran reptilia tersebut. – AGENSI