Syarikat tawar insentif tunai galak pekerja keluar ‘dating’

000 33C78Q4

Sepasang suami isteri berehat di atas bangku sambil pelancong menaiki bot di sebuah tasik di Beijing pada 28 Mac 2023. – AFP

BEIJING – Sebuah syarikat teknologi di China menawarkan ganjaran wang tunai kepada pekerjanya yang keluar berjanji temu, lapor portal berita Hindustan Times semalam.

Langkah itu bertujuan untuk meningkatkan kebahagiaan di tempat kerja di tengah-tengah penurunan kadar perkahwinan dan kelahiran di negara itu.

Syarikat Insta360 yang berpangkalan di Shenzhen itu menawarkan wang tunai 66 yuan (RM40) kepada pekerjanya untuk berjanji temu dengan seorang individu di luar firma tersebut.

Pekerja yang mengekalkan hubungan selama tiga bulan dengan pasangan yang baru dikenalinya pula layak mendapat ganjaran yang lebih besar. 

Mereka dan pengatur jodoh akan menerima 1,000 yuan (RM620) setiap seorang jika berjaya sampai ke tahap itu. – AGENSI