BANGKOK – Seorang suspek kes dadah yang ditahan memberitahu polis umurnya sudah mencecah lebih 100 tahun di Thailand, lapor portal berita The Pattaya News semalam.
Pengakuan suspek lelaki itu menyebabkan anggota-anggota polis yang menahannya menjadi keliru.
Suspek ditahan ketika menunggang sebuah motosikal tanpa lesen dan tidak menyalakan lampu kenderaan di Banglamung.
Semasa pemeriksaan, anggota polis menemui dua pil methamphetamine yang dalam pemilikan suspek tersebut, Anuwat juga dikenali sebagai Ta Khamloet, berusia 33 tahun, dari Wilayah Sakon Nakhon.
Pil itu ditemui dalam beg plastik jernih dalam kotak rokok hitam.
Ujian air kencing yang dilakukan kemudian mengesahkan dia positif dadah.
Semasa disoal siasat, Anuwat mengaku menggunakan methamphetamine setiap hari dan mendedahkan dia tidak tidur selama beberapa hari.
Dia kemudian ditahan untuk menghadapi prosiding undang-undang.- AGENSI