Sungai, lagun muncul di Gurun Sahara

Viral sahara1

GURUN sahara dibanjiri dengan air di Maghribi. – Foto Morocco Gate

RABAT, Maghribi  –  Gurun Sahara yang kering kontang di bahagian tenggara Maghribi merupakan antara tempat paling gersang di dunia dan sangat  jarang mengalami hujan pada akhir musim panas, lapor portal berita Daily Express UK semalam.

Pada kebiasaannya, padang pasir itu menerima hujan kurang daripada 250 milimeter setahun.

Namun, ribut yang berlaku baru-baru ini membawa lebih banyak hujan di gurun tersebut berbanding beberapa dekad lalu. 

Kesannya, sungai dan lagun muncul sekali gus mengubah geografi Gurun Sahara yang merupakan antara tempat paling kering di dunia. 

Kerajaan Maghribi berkata, hujan dua hari  bulan lalu adalah melebihi purata taburan hujan tahunan di beberapa kawasan di gurun itu termasuk Tata. 

“Kami pernah mengalami keadaan seperti ini (hujan lebat) dalam tempoh singkat tetapi ia berlaku lebih 50 tahun lalu,”kata Pengurus Komunikasi Jabatan Meteorologi Maghribi, Houssine Youabeb.

Sementara itu, di perkampungan Tagounite  yang terletak kira-kira 451 kilometer ke selatan Rabat, hujan lebih 100 milimeter direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Maghribi sebelum ini mengalami kemarau selama enam tahun berturut-turut. – AGENSI 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *