Sultan Hassanal Bolkiah sihat, perlu rehat beberapa hari di IJN

WhatsApp Image 2025 05 28 at 11.10.13 AM

Sultan Brunei dilaporkan berada dalam keadaan sihat dan dinasihatkan untuk berehat beberapa hari di IJN, Kuala Lumpur.

PETALING JAYA – Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berada dalam keadaan sihat dan dinasihatkan untuk berehat beberapa hari di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Menurut Jabatan Perdana Menteri (JPM) Brunei, baginda kini masih berada di Malaysia selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan telah mengalami keletihan.

“Baginda berada dalam keadaan sihat, cuma atas nasihat pakar kesihatan tuan rumah, baginda dinasihatkan untuk berehat beberapa hari di IJN,” kata JPM Brunei hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Sultan Hassanal telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara akibat keletihan.

Perkara itu turut disahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang akhbar sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), semalam. – KOSMO! ONLINE