Sudahlah hidup disara isteri, curang pula

biawak hidup curang

Si suami mempertahankan teman wanitanya. – Instagram

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan tindakan seorang isteri ‘menangkap’ suaminya curang bersama teman wanita di wilayah Lampung, lapor laman berita Suara Merdeka semalam.

Berdasarkan video yang dimuat naik di platform TikTok, wanita yang hanya dikenali sebagai Ayu merakam video suaminya yang ketika itu sedang marah-marah kepadanya.

“Dia lebih baik daripada awak,” kata si suami dengan merujuk kepada kekasih gelapnya.

Tanpa rasa bersalah, lelaki itu mempertahankan kekasihnya dan berkali-kali memegang wanita tersebut sambil bertengkar dengan Ayu.

Ayu kemudian menyebut bahawa motosikal miliknya juga telah digadaikan oleh si suami.

Dia kemudian menuntut agar motosikal itu dipulangkan kepadanya.

Berdasarkan beberapa video lain pada akaun TikTok Ayu, wanita itu mendakwa bahawa selama ini, dia bertanggungjawab menyara suami dan dua anak mereka.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Wanita yang hebat. Masih mampu bertenang walau hati hancur,” kata seorang netizen.

“Sakit hati mendengar si suami cakap teman wanitanya lebih baik daripada anda,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI