Suami terkejut, isteri hamil bayi kembar 9 

geli bayi kembar 9

Gambar ‘ultrasound’ semasa pemeriksaan kandungan Hou kali ke-3. – Guangzhou Daily

BEIJING  –  Seorang wanita di Nanchang, China terkejut apabila bakal melahirkan bayi kembar sembilan selepas menjalani rawatan kesuburan, lapor saluran berita Must Share News semalam.  

Wanita dikenali sebagai Hou itu nekad menjalani rawatan kesuburan yang disyorkan doktor selepas sukar hamil sejak setahun berkahwin.   

Bagaimanapun, impian Hou untuk menjadi seorang ibu tercapai sebulan selepas dia menjalani prosedur tersebut. 

“Saya sangat gembira apabila diberitahu oleh doktor bahawa saya hamil bayi kembar tiga,” katanya. 

Hou bagaimanapun terkejut apabila kandungannya mengandungi sembilan orang bayi selepas membuat pemeriksaan kali ke-3 pada 12 November lalu. 

Suami Hou berkata: “Kehamilan ini membuatkan saya bimbang sama ada badan Hou dapat menampung sembilan bayi atau tidak.”

“Kami sedang menunggu cadangan daripada doktor tentang cara terbaik untuk meneruskan kehamilan ini,” tambah suaminya. – AGENSI