Suami isteri putus lengan semasa puting beliung

hilang lengan

Paul (kiri) dan Gail berpegangan tangan ketika rumah mereka dibadai puting beliung. – GoFundMe

LONDON – Sepasang suami isteri di negeri Kentucky, Amerika Syarikat kehilangan lengan setiap seorang akibat berpegangan tangan terlalu erat ketika rumah mereka dibadai puting beliung, lapor akhbar Metro UK. 

Paul dan isterinya, Gail Cline, saling berpaut di dalam rumah sebelum mereka dipisahkan akibat pusaran angin yang kuat pada 16 Mei lalu.

Menurut anak saudara pasangan itu, Brando Bowman, pasangan tersebut ditemukan selepas jiran mendengar jeritan Gail.

“Semasa kejadian, jiran terbabit meminta bantuan selepas ternampak lengan putus di dalam rumah,” kata Bowman. 

Pasukan penyelamat bergegas menarik Gail dan suaminya daripada runtuhan sebelum mereka dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. 

Gail terpaksa bergantung pada mesin sokongan hayat, manakala Paul menghidap demensia meskipun kesihatannya semakin pulih. – AGENSI