Suami disiram air panas selepas ‘kantoi’ kahwin janda

curang dengan janda

Suspek menyiram air panas ketika suaminya sedang tidur. – Tribun Medan

JAKARTA – Seorang wanita di Bangka Tengah, wilayah Bangka Belitung nekad menyiram air panas ke atas suaminya kerana berang selepas mendapat tahu lelaki itu berkahwin lain tanpa pengetahuannya, lapor laman berita Sripoku hari ini.

Akibat insiden itu, mangsa yang hanya dikenali sebagai EF, meninggal dunia kerana melecur teruk.

Menurut anak mangsa dan suspek yang dikenali sebagai RI, ibunya bertindak demikian selepas mendapat tahu bahawa bapanya curang dan mempunyai isteri lain.

“Bapa saya curang dengan seorang janda bernama RA. 

“Pada malam sebelum kejadian, ibu mendapat tahu bahawa dia keluar berjalan-jalan dengan wanita tersebut,” kata RI.

Tambah RI, setelah mendapat tahu hal itu, ibunya menemui RA di rumah wanita tersebut dan meminta agar dia menjauhkan diri daripada mangsa.

“RA bagaimanapun berkata bahawa dia enggan melepaskan bapa saya. Dia malah mendakwa bahawa mereka sudah bernikah dan sedang hamil,” ujar RI.

Disebabkan marah, suspek menyiram air panas terhadap EF yang sedang tidur di rumah mereka.

Sementara itu, Ketua Polis Bangka Tengah, Asisten Komisioner Besar Polis Pradana Aditya Nugraha berkata, pihaknya masih menyiasat kes tersebut dan akan memanggil semua pihak yang terlibat untuk memberi keterangan. – AGENSI 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *