Suami cederakan hidung isteri didenda RM6,000

Geli hidung34

GAMBAR fail Kementerian Keadilan di Bahrain. – X

MANAMA – Seorang suami didenda BD500 (RM6,000) selepas mahkamah tertinggi Bahrain mengekalkan sabitan bersalah kerana menyerang isterinya, lapor portal berita Gulf News kelmarin.

Lelaki itu didapati bersalah mencederakan hidung dan mencekik isterinya dalam satu pertikaian rumah tangga.

Keputusan itu menandakan kegagalan rayuan terakhir defendan dan  mengesahkan keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah Rendah dan Mahkamah Rayuan. 

Defendan mendakwa kecederaan yang dialami isterinya adalah luka lama dan bukan berpunca daripada perbalahan mereka, namun bukti forensik adalah sebaliknya.

Pemeriksa perubatan mengesahkan  kecederaan itu sepadan dengan keterangan isterinya dan cukup serius sehingga menyebabkan mangsa tidak dapat melakukan tugas harian selama lebih 20 hari.

Menurut keterangan wanita tersebut, si suami memukulnya di tempat pembedahan sebelum ini, mencekiknya dan menyebabkannya berdarah. – AGENSI