Sidang Kemuncak ASEAN: Kehadiran pemimpin GCC, China punca kawalan keselamatan diperketat

FAHMI PETUGAS PETUGAS MEDIA ASEAN

Fahmi meninjau persiapan di Pusat Media Antarabangsa Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini. -Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kehadiran ramai pemimpin dari negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) serta China menjadi antara faktor utama kawalan keselamatan peringkat tinggi perlu dilaksanakan, khususnya di sekitar ibu negara menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-46.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, keputusan itu mendorong beberapa laluan sekitar Lembah Klang terpaksa ditutup oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sebanyak 71 buah sekolah dibenarkan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sebagai langkah persediaan.

Pada masa sama, beliau mengakui terdapat rungutan daripada orang ramai berhubung penutupan tersebut, namun menekankan bahawa kerjasama semua pihak amat penting.

“Saya mohon terutama syarikat swasta turut memberikan peluang kepada pekerja mereka untuk bekerja dari rumah. Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sebelum ini sudah menyatakan agar syarikat swasta juga membenarkan pekerja mereka kerja dari rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas meninjau Pusat Media Antarabangsa Sidang Kemuncak ASEAN-46 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Tambahnya, peluang sebegini bukan datang setiap masa dan usaha menganjurkan sidang kemuncak berskala besar ini memerlukan koordinasi yang rapi, terutamanya apabila melibatkan pemimpin besar dari GCC dan China.

“Sekretariat Sidang Kemuncak ASEAN dan Kementerian Luar bukan mudah untuk meyakinkan pemimpin-pemimpin negara ini untuk hadir. Ini sebahagian daripada usaha kita sebagai Pengerusi ASEAN untuk memperkukuh hubungan serantau,” ujarnya lagi.

“Ini bukan peluang yang datang selalu. Sekretariat (Sidang Kemuncak ASEAN) dan Kementerian Luar tidak mudah untuk meyakinkan pemimpin negara ini (GCC dan China), selain usaha kita (sebagai Pengerusi ASEAN) untuk mengukuhkan hubungan negara anggota,”katanya.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan bahawa sidang kemuncak kali ini berbeza daripada yang diadakan sedekad lalu, terutama dari segi penyertaan pemimpin-pemimpin antarabangsa.

“Pada waktu itu mereka (GCC) belum aktif dengan ASEAN. Pada masa itu, kita ada sidang hanya dengan China saja. Itu yang membezakan sidang kemuncak kali ini dan sebelumnya,”katanya. – https://amiminerals.org/