Siapa letak pisang tepi jalan setiap bulan?

sepinggan pisang

Sepinggan pisang yang muncul di tepi jalan yang sama pada hari kedua setiap bulan. – SWNS

LONDON – Penduduk di Nottinghamshire, United Kingdom digemparkan dengan kemunculan pinggan berisi pisang yang ditinggalkan di tepi jalan pada setiap bulan, lapor akhbar Metro UK semalam. 

Orang ramai yang tinggal berhampiran Abbey Road dan Wensor Avenue di Beston berasa hairan apabila pinggan misteri itu diletakkan di tempat yang sama selama lebih setahun. 

Lebih aneh apabila pinggan itu berisi pisang yang dikupas dan sering muncul pada hari kedua setiap bulan.

Meskipun tarikhnya diketahui, mereka tetap gagal menangkap dalang di sebalik perbuatan itu.

Penduduk tempatan menyifatkan perbuatan itu sebagai menjengkelkan dan memohon agar gurauan tersebut dihentikan kerana buahnya membusuk dan mengotorkan kawasan sekitar.

Seorang penduduk, Clare Short berkata: “Saya telah bertanya di sekitar komuniti tetapi tiada siapa yang benar-benar tahu dan boleh memberikan jawapan.” 

“Saya percaya bahawa ia merupakan sesuatu yang istimewa bagi individu tersebut. Sekiranya dia dapat membersihkan kekotoran itu akan menjadi lebih baik,” tambahnya. – AGENSI