Semua Malaysia mahu \’claim\’ – Netizen Indonesia

claim batik

Papan iklan batik ini menimbulkan kemarahan netizen Indonesia. – Instagram

JAKARTA  –  Gambar sebuah papan iklan bersama tulisan  ‘Ini batik Malaysia, jangan salah pilih batik’ mengundang kecaman netizen Indonesia yang menegaskan bahawa batik adalah hak milik warisan negara kepulauan itu, lapor portal berita Okezone semalam.

Gambar papan iklan tersebut sebelum ini  dimuat naik di laman Instagram. Ia menunjukkan iklan platform pemasaran online bagi produk kraf tangan di Malaysia.

Iklan tersebut menaikkan darah netizen Indonesia yang menuduh Malaysia  gemar memperakui sesuatu yang didakwa menjadi hak milik mereka.

“Semua mahu ‘claim’,” kata keterangan pada hantaran tersebut.

Hantaran itu menjadi tular dan mencetuskan perbahasan dalam kalangan pengguna media sosial negara itu.

“Suka sangat ‘claim’ budaya orang. Makanan, batik, amalan rasuah mahu ‘claim’ tak?” kata seorang netizen.

“Memang dasar tidak memiliki apa-apa, hanya tahu ‘claim’ sahaja,” kata pengguna media sosial lain.

Batik diiktiraf sebagai Warisan Budaya Tak Ketara Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) milik Indonesia pada 2009.

Namun, umum mengetahui bahawa batik Malaysia dan Indonesia mempunyai perbezaan dari segi sejarah, motif dan cara penggunaannya. – AGENSI 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *