Selepas ketukan misteri, rumah dibaling batu

Geli abatu2 2

. BATU kapur dibaling ke arah sebuah rumah di Kampung Balokang. – Foto Tribun Jabar/Padna

JAKARTA  – Rumah seorang penduduk dilempar batu kapur secara misteri dalam kejadian di Kampung Balokang, Kota Banjar, dalam wilayah Jawa Barat, lapor portal berita Tribunnews.com hari ini.  

Seorang penduduk dikenali dengan nama Nci, 29, berkata, rumah jirannya dilempar batu itu secara misteri.

“Ya, kejadian berlaku pada pukul 6 petang (waktu tempatan) kelmarin apabila jiran saya menjerit. Dia menyatakan ada orang yang melempar batu ke rumahnya,”ujar Nci.

Kejadian itu berlaku selepas penduduk di beberapa kampung di Kota Banjar digemparkan dengan ketukan misteri.

Nci berkta, ada penduduk yang melihat seorang remaja lelaki remaja tidak dikenali memakai pakaian serba hitam lari ke dalam kebun berdekatan tempat kejadian.

Ketua masyarakat setempat yang dikenali sebagai Dede mengaku menerima laporan kejadian aneh tentang rumah seorang penduduk dibaling batu. – AGENSI 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *