Sedondon dengan Amira demi kerja – Fattah Amin

WhatsApp Image 2025 01 19 at 10.04.48 AM

FATTAH menegaskan dia hanya berpekaian sedondon dengan Amira atas tuntutan kerja.

KUALA LUMPUR – Bagai direstu, kemunculan pelakon Fattah Amin yang sedondon dengan rakan gandingan, Amira Othman pada majlis Raya Mendonia Bersama Jakel 2025, mendapat sorakan gemuruh.

Fattah atau nama lengkap Abd Fattah Mohd Amin, 34, berkata, mereka menggayakan persalinan senada rona gelap demi memenuhi kehendak klien, sekali gus enggan ambil serius tanggapan orang luar asalkan beri impak terhadap jenama diwakili.

“Ini adalah rezeki atas kepercayaan diberikan pihak syarikat seperti kerjasama kami sebelum ini. Macam yang saya pernah katakan, kita saling bantu membantu.

“Jakel ambil kami sebagai wajah mereka dan kami bantu mempromosi produk. Apabila mereka bersetuju menggandingkan saya bersama Amira, itu menunjukkan kepercayaan.

“Kalau perkara itu beri impak positif kepada pihak yang mengambil dan mempercayai kami, saya fikir tiada masalah untuk teruskan kerjasama kami berdua,” katanya selepas pengumuman Duta Jakel 2025 di Jakel Mall di sini, semalam.

Terdahulu, nama Amira, 31, disebut sebagai wanita paling akrab dengan duda terhangat itu selepas penyanyi berkenaan mengundang Fattah tampil dalam video muzik single terbaharunya berjudul Bila Nak Kahwin.

Fattah bercerai dengan bekas isteri yang juga pelakon, Nur Fazura pada 7 Oktober lalu.

Bagaimanapun, Amira pada Sabtu lalu menegaskan kerjasama dalam muzik video terbabit hanya gimik antara syarikat rakaman Sony Music Entertainment dengan pengurusan Fattah.

Pihaknya mengambil risiko bekerjasama dengan aktor tersebut sekali gus menerima semua komen dan kritikan sama ada negatif mahupun positif.

Sementara itu, kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025 turut menampilkan lapan duta lain termasuk
Nabil Ahmad dan keluarga, Cik Epal, Elly Mazlein, Anzalna bersama keluarga, Senariounion, Tiktoker Sallywho bersama suami serta Upin & Ipin. – https://amiminerals.org/