Saintis kesan spesies jerung hantu

saintis temui jerung hantu

Gambar menunjukkan jerung Spookfish yang ditemukan oleh saintis di Chatham Rise, timur New Zealand. – NIWA

WELLINGTON – Sekumpulan saintis di New Zealand menemukan spesies ikan jerung ‘hantu’ yang sukar dikesan kerana hidup pada kedalaman mencecah 2,600 meter di Lautan Pasifik, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) kelmarin. 

Menurut saintis dari Institut Penyelidikan Air dan Atmosfera Negara (NIWA), jerung hantu itu ditemukan di kawasan Chatham Rise yang terletak di timur New Zealand.

Ikan dikenali sebagai Spookfish atau Chimera itu adalah penemuan spesies baharu dalam dunia sains. 

Spesies berkenaan juga berkait rapat dengan ikan jerung dan pari kerana berkulit licin dan tidak mempunyai sisik, manakala seluruh rangkanya terhasil daripada tulang rawan. 

“Habitat ikan ini menyebabkan ia sukar untuk dipelajari dan dipantau oleh saintis. Ini bermakna kita tidak tahu banyak tentang biologi atau status ancamannya,” kata seorang saintis, Finucci.

Tambahnya, ciri paling dikenali spesies itu adalah ukuran saiz muncungnya yang luar biasa, yang boleh membentuk separuh daripada panjang badannya. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *