Sahabat ‘sehidup semati’ meninggal dunia hari sama

geli sahabat

Tangkap layar menunjukkan kedua-dua jenazah dikebumikan secara bersebelahan di sebuah tanah perkuburan. – TikTok

JAKARTA – Satu rakaman video tular di Indonesia memaparkan detik menyayat hati apabila dua sahabat baik meninggal dunia pada hari yang sama, lapor saluran berita Tribunnews semalam.

Rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @muhakbarrr3 menunjukkan ambulans tiba di hadapan sebuah rumah, manakala rumah sebelahnya baru selesai majlis tahlil. 

Bahkan, jenazah mereka dikebumikan secara bersebelahan. 

“Definisi sebenar sahabat sehidup dan semati,” demikian menurut keterangan video itu. 

Menurut perakamnya, kedua-dua Allahyarham merupakan sahabat baik yang hidup berjiran. Mereka meninggal dunia akibat sakit. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 4.5 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen. 

“Definisi sebenar sahabat sampai syurga,” kata seorang netizen. – AGENSI