Rumah Michael Jordan dilelong RM63 juta

rumah jordan dilelong

Hartanah mewah ini mula dilelong sejak 2012 dengan harga asal AS$29 juta (RM123 juta). – Compass

CHICAGO, ILLINOIS – Rumah pemain bola keranjang Amerika, Michael Jordan di Chicago akhirnya dijual pada harga AS$14.8 juta (RM63 juta) selepas berada di pasaran selama lebih sedekad, lapor akhbar New York Post. 

Saluran berita TMZ Sports melaporkan, lagenda Liga Bola Keranjang Kebangsaan (NBA) itu memeterai perjanjian dengan seorang pembeli.

Hartanah seluas 2.8 hektar yang dibina pada 1995 itu terletak di Highland Park, Illinois. Ia mempunyai 19 bilik mandi, gelanggang bola keranjang, gimnasium, perpustakaan dan bilik cerut.

Ia juga dilengkapi dengan gelanggang tenis, kolam renang, tiga garaj kereta dan pintu gerbang dengan nombor signatur Jordan iaitu 23. 

Pada 2012, rumah mewah itu diiklankan untuk dijual pada harga AS$29 juta (RM123 juta) sebelum nilainya dikurangkan pada 2015. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *