JAKARTA – Seorang penghantar makanan di Indonesia terkejut apabila tip yang diberikan oleh pelanggannya mencecah 1.8 juta rupiah (RM500) selepas dia membuat pertukaran mata wang asing, lapor portal berita Konteks semalam.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @masdanysaja menunjukkan lelaki itu menerima sehelai wang kertas bernominasi €100 (RM480) daripada pelanggannya yang merupakan warga asing.
Dia kemudian bergegas ke kedai pertukaran mata wang asing dan menukarkan wang tersebut kepada nilai rupiah.
Lelaki tersebut bagaimanapun tidak menyangka bahawa kadar tukaran itu mampu mencecah berjuta-juta rupiah.
Rakaman itu mencatatkan lebih satu juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Rezeki orang soleh,” kata seorang netizen. – AGENSI