JAKARTA – Dua penunggang motosikal e-hailing dihukum melakukan tekan tubi selepas ditangkap menunggang memintas konvoi Perdana Menteri China, Li Qiang di Indonesia, lapor portal berita INews semalam.
Kejadian berlaku berhampiran Istana Merdeka, Jakarta semalam.
Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @lensaberitajakarta menunjukkan dua lelaki itu melakukan tekan tubi secara bergilir-gilir di hadapan bendera Indonesia dan China.
Mereka dihukum kerana meneruskan perjalanan ketika laluan tersebut digunakan konvoi Qiang untuk menuju ke Istana Merdeka.
Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Hukuman yang bagus! Kalau disaman, polis yang untung!” kata seorang netizen. – AGENSI