BANGKOK – Beribu-ribu ikan mati dihanyutkan ombak ke pantai sehingga mengejutkan sejumlah pengunjung Pantai Patong di Thailand, lapor portal berita Thaiger hari ini.
Kejadian itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk tempatan, pelancong, dan pegawai kerana beranggapan bencana buruk akan berlaku.
Pelbagai spesies ikan bertaburan di sepanjang pantai yang dibawa oleh angin kencang dan ombak.
Pegawai-pegawai perikanan masih berusaha untuk mengenal pasti punca kejadian itu.
Penduduk tempatan segera mengambil ikan itu dengan ramai antara mereka membawanya pulang untuk dimasak.
Nelayan-nelayan tempatan juga berusaha untuk mengambil seberapa banyak ikan tersebut.
Bagaimanapun, pihak berkuasa yang menyiasat punca kematian ikan secara besar-besaran itu menggesa orang ramai supaya berhati-hati apabila memakannya, lapor portal berita Phuket News. – AGENSI