NEW ORLEANS – Biro Siasatan Persekutuan(FBI) hari ini menyatakan bahawa pihaknya menyiasat serangan rempuhan trak di Bourbon Street, New Orleans sebagai tindakan keganasan dan mengesahkan penyerang tditembak mati.
“Pagi ini, sorang individu memandu sebuah trak merempuh orang awam di Bourbon Street di New Orleans dan membunuh sebilangan mangsa serta mencederakan puluhan yang lain,” kata FBI dalam satu kenyataan.
“Penyerang kemudian berbalas tembakan dengan anggota penguatkuasa undang-undang dan ditembak mati.
“FBI mengetuai siasatan dan kami bekerjasama dengan rakan-rakan kami untuk menyiasat kejadian ini sebagai tindakan keganasan,” tambahnya. – AGENSI