JAKARTA – Satu klip video tular di wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia memaparkan jasad seorang remaja dikebumikan bersama motosikal miliknya, lapor laman berita Kompas.
Kejadian berlaku di Desa Oenitas, daerah Rote Barat kelmarin.
Rakaman dimuat naik di media sosial menunjukkan warga setempat menurunkan sebuah motosikal jenis Honda CRF ke dalam sebuah kubur lalu diletakkan di sebelah keranda.
Pemimpin Desa Oenitas, Paulus Pasole berkata, jasad dikenali sebagai MG itu dikebumikan sekitar pukul 2.30 petang (waktu tempatan) di halaman rumahnya.
“MG terlibat dalam kemalangan dan dirawat di Rumah Sakit Umum Daerah Ba’a. Dia disahkan meninggal dunia Selasa lalu selepas keadaannya semakin merosot.
“Keluarga mendiang bersepakat mengebumikan MG bersama motosikal disebabkan permintaan bapa mereka yang tidak sanggup untuk melihat motosikal itu setiap hari,” tambah Paulus. – AGENSI