SEOUL – Bilangan warga asing yang ditangkap bekerja secara haram sebagai penunggang penghantaran makanan bermotosikal melonjak lebih 51 peratus, demikian menurut data kerajaan seperti laporan akhbar The Korea Times kelmarin.
Data Kementerian Kehakiman menunjukkan bahawa 177 warga asing telah ditangkap bekerja secara haram dalam sektor perkhidmatan bungkusan dan penghantaran setakat Ogos tahun ini.
Ia mewakili meningkat 51.3 peratus berbanding tahun lepas.
Tahun lalu, warga Vietnam yang ditangkap menyumbang 80.3 peratus atau 84 orang tetapi meningkat sebanyak 85 orang pada tahun ini.
Rakyat Uzbekistan yang ditangkap juga meningkat iaitu daripada lapan orang tahun lepas kepada 53 orang tahun ini.
Selain itu, pekerja haram dari Malaysia dan Pakistan yang masing-masing berjumlah lapan serta lima orang turut ditangkap buat pertama kali.
Kementerian kehakiman mengaitkan trend ini dengan peningkatan permintaan untuk pekerja penghantaran.
Ramai warga Korea Selatan cenderung menjauhkan diri daripada pekerjaan itu kerana gaji yang rendah, beban kerja yang tinggi dan risiko lain. – AGENSI