‘Raja pancing’ 4 jam bertarung dengan raksasa tasik 

Viral ikan scaled

WESTON bergambar dengan ikan gergasi berkepala buaya. – Foto Facebook/Art Weston

WASHINGTON – Seorang pemancing mencipta rekod apabila menaikkan seekor ikan berkepala buaya atau aligator gar  paling berat di dunia, lapor akhbar New York Post semalam.

Pemancing dari negeri Kentucky, Art Weston bertarung dengan raksasa tasik seberat 69 kilogram dan panjang 2.2 meter itu selama hampir empat jam.

Weston dibantu seorang lagi pemancing yang digelar sebagai Kapten Kirk Kirkland ketika mendaratkan ikan itu.

“Ini situasi di mana anda memberikan cukup tekanan dan peluang kepada ikan ini untuk terus berenang supaya ia letih sebelum menaikkannya,” kata Weston yang pernah mencipta lebih 40 rekod dunia.

Akur bahawa sukar menewaskan ikan besar dan ganas  itu, Weston dan Kirkland menggunakan joran keluli 1.8 meter dan mata kail J yang kukuh bagi mematuhi peraturan Persatuan Ikan Permainan Antarabangsa (IGFA).

Weston berkata, setelah melakukan tangkapan, aligator gar itu segera ditimbang, diukur dan gambarnya dirakam sebelum dilepaskan kembali ke dalam  Tasik Livingston dalam negeri Texas.

Menurut IGFA, setelah diperakui secara rasmi, tangkapan luar biasa mereka menjadi ikan air tawar terbesar yang ditangkap dengan menggunakan tali pancing ultra ringan. – AGENSI