BEIJING – Satu klip video tular memaparkan seorang lelaki membuat pembayaran dengan hanya mengimbas tapak tangannya di sebuah kedai serbaneka di China, lapor portal berita Indian Express semalam.
Rakaman dimuat naik di laman X oleh akaun @sibalsahab, menunjukkan lelaki itu memasuki sebuah kedai serbaneka 7-Eleven untuk membeli minuman.
Semasa pembayaran, lelaki itu mengimbas tapak tangannya pada pad sensor dilengkapi kamera infra merah.
“Saya membayar tanpa menggunakan kad debit atau kredit atau telefon! Ini sangat menakjubkan!” kata lelaki itu di dalam video.
Rakaman itu mencatatkan lebih 1.4 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“China mendahului negara lain selama 50 tahun,” kata seorang netizen. – AGENSI