Putera Harry terima wang pusaka RM43 juta

aharry pusaka

Putera Harry menyambut hari lahirnya yang ke-40 Ahad lalu. – AFP

SACRAMENTO, CALIFORNIA – Putera Harry yang menggunakan gelaran Duke of Sussex mewarisi wang pusaka berjumlah lebih AS$10 juta (RM43 juta) yang diberikan pada hari lahir ke-40 beliau,  Ahad lalu, lapor laman berita Page Six.

Moyangnya, Permaisuri Elizabeth iaitu ibu kepada Ratu Elizabeth meletakkan kira-kira AS$25 juta (RM107 juta) ke dalam dana amanah untuk cicitnya pada 1994.

Harry dan abangnya, Putera William, dilaporkan boleh menuntut wang tersebut sebanyak dua kali iaitu pada hari lahir ke-21 dan ke-40 mereka.

Adik-beradik itu menerima AS$7.9 juta (RM34 juta) ketika berumur 21 tahun dan AS$10.5 juta (RM45 juta) lagi apabila mencapai usia 40 tahun.

“Terdapat dana amanah yang ditubuhkan pada masa itu.

“Ia adalah cara di mana moyangnya boleh mengetepikan wang apabila cicitnya sudah dewasa dan cara baginda mewariskan sebahagian harta pusakanya dengan kaedah cekap cukai,” kata seorang bekas pembantu istana kepada akhbar London Times.

Page Six telah menghubungi wakil Harry untuk mendapatkan komen, namun belum mendapat maklum balas. – AGENSI 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *