KLUANG – Seorang anggota tentera sebuah kem di Kluang yang dilaporkan hilang sudah ditemui dan telah pulang ke pasukan tempatnya bertugas.
Dahalan Abdullah, 61, berkata, anaknya Prebet Muhammad, 22, ditemui hanya kira-kira 500 meter dari kem tempatnya bertugas kira-kira pukul 6 petang semalam.
Bagaimanapun, Dahalan tidak memaklumkan punca anaknya berada di kawasan ditemui sepanjang kehilangan bermula hari Selasa lalu.
“Anak saya ditemui dalam keadaan selamat bersama motosikal miliknya tidak jauh dari kem tersebut, namun tidak memaklumkan sebab-sebab tidak pulang ke pasukan.
“Berikutan penemuan itu, pencarian yang dilakukan sebaik kehilangannya dimaklumkan oleh anak menantu dianggap selesai,”katanya kepada Kosmo! di sini.
Semalam, akhbar ini melaporkan seorang anggota tentera hilang selepas keluar untuk bergunting rambut kira-kira pukul 10 pagi Selasa lalu.
Berikutan itu, ayahnya Dahalan datang daripada Kuantan, Pahang untuk membuat pencarian sendiri bermula Jumaat sebelum ditemui petang semalam.
Muhammad yang juga anak ketujuh daripada lapan adik-beradik mula bertugas sebagai seorang anggota tentera sejak tiga tahun lalu.-https://amiminerals.org/