JAKARTA – Satu kemalangan berlaku apabila kereta sport Porsche yang dipandu laju melanggar belakang kenderaan Toyota Rush di Surabaya, lapor portal berita Detikjatim hari ini.
Kemalangan itu menyebabkan kenderaan Toyota ‘terpelanting’ dan terbalik di dalam parit.
Namun, hanya dua orang yang mengalami kecederaan termasuk pemandu Porsche.
“Pemandu Porsche tidak dapat mengawal keretanya yang dipandu laju kerana di hadapan ada Toyota Rush.
“Penumpang Rush ada 7 orang,”kata pegawai polis tempatan, Inspektor Arif Iskandar berhubung kemalangan yang berlaku baru-baru ini.
Beliau berkata, tiada kemalangan jiwa berlaku dan cuma dua orang cedera ringan termasuk pemandu Porsche.
Kes itu masih disiasat polis. – AGENSI