Polis tampar pemilik kedai disiasat

pegawai tampar

Tangkap layar menunjukkan pegawai itu menampar seorang pemilik kedai yang berbaju putih. – India Today

NEW DELHI – Seorang pegawai polis di negeri Tamil Nadu, selatan India menerima kecaman pengguna media sosial kerana menampar seorang pemilik kedai yang menafikan bahawa dia menjual bahan terlarang, lapor portal berita India Today semalam. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 2 petang (waktu tempatan) di Jalan Mukkuttu berhampiran bandar Pattukkottai pada 5 Oktober lalu.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan pegawai berpangkat sub inspektor yang dikenali sebagai Jeevanandham, menghampiri sebuah kedai untuk melakukan pemeriksaan.

Dia kemudian menyoal mangsa bernama Thirunavukarasu, 65, berhubung dakwaan penjualan produk tembakau terlarang. 

Gara-gara dakwaan itu dinafikan, dia menampar mangsa dengan kuat. 

Lebih mengejutkan apabila suspek terus melakukan kekerasan, meskipun dia dirayu oleh mangsa untuk memberi belas kasihan.

Susulan penularan video itu, pegawai berkenaan ditukar ke jabatan lain dan siasatan lanjut sedang giat dijalankan ke atasnya. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *