Polis tahan remaja tengking bapa

geli motosikal

Tangkap layar menunjukkan seorang remaja lelaki cuba memukul bapanya. – Instagram

JAKARTA – Satu klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang remaja lelaki mengamuk dan cuba memukul bapanya kerana tidak dibelikan motosikal baharu, lapor portal berita Detik semalam. 

Kejadian berlaku di Batam, wilayah Riau baru-baru ini.

Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @batampos menunjukkan remaja itu memarahi dan menengking bapanya di dalam rumah mereka. 

Situasi bertambah tegang apabila dia mengangkat sebelah tangan, seolah-olah hendak memukul bapanya.

Keadaan itu menyebabkan si bapa mencabut karburetor motosikal, manakala si ibu yang juga perakam mengarahkan anaknya keluar dari rumah. 

Polis Sagulung, Inspektor Rohandi Tabunan berkata, remaja berkenaan dibawa ke balai selepas ibu bapanya meminta bantuan pihak berkuasa.

“Ibu bapanya meminta polis menasihati remaja tersebut.

“Dia mahu memukul bapanya kerana tidak dibelikan motosikal baharu. Dia juga mungkin tidak tahu kewangan ibu bapanya sempit,” tambah Rohandi. – AGENSI