Polis lepaskan tembakan selepas dilanggar suspek pecah rumah

WhatsApp Image 2024 09 23 at 9.44.03 AM

Tangkap layar kejadian pecah rumah di Telok Panglima Garang baru-baru ini

KUALA LANGAT – Polis terpaksa melepaskan satu tembakan ke arah sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X50 dinaiki tiga penjenayah pecah rumah dalam kejadian di Telok Panglima Garang di sini, baru-baru ini.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 2.40 petang, Jumaat lalu apabila kenderaan dinaiki suspek melanggar motosikal ditunggangi anggota polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, terdahulu pihaknya menerima maklumat seorang lelaki memaklumkan rumah jirannya di pecah masuk orang tidak dikenali.

Katanya, setibanya di lokasi kejadian kenderaan dinaiki suspek telah melanggar motosikal ditunggangi anggota polis apabila cuba ditahan di tengah jalan.

“Ekoran itu, anggota polis tersebut bertindak melepaskan satu das tembakan ke arah tayar kenderaan suspek.

“Namun, suspek telah berjaya melarikan diri menggunakan kenderaan itu,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan, bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut.

Ahmad Ridhwan menegaskan, semakan mendapati nombor pendaftaran kenderaan suspek adalah palsu.

Justeru, katanya, polis sedang giat mengesan suspek yang terlibat dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan kepada pegawai penyiasat, Inspektor Mohamad Fadzil Mohamad Saidi di talian 013-9311208 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular empat rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) berdurasi 16 saat hingga 2 minit 9 saat memaparkan aksi suspek yang memakai topeng memecah masuk dengan memanjat tembok sebelum memotong geriji tingkap rumah mangsa.

Berdasarkan video tersebut turut memaparkan tiga penduduk cuba mengepung suspek-suspek bersenjatakan peralatan pecah rumah itu. – https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *