PM Jepun, Fumio Kishida sedia letak jawatan

kishida

Fumio Kishida. – AFP

TOKYO – Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida bersedia untuk meletak jawatan selepas mengumumkan hari ini bahawa beliau tidak akan bertanding semula sebagai ketua parti.

Parti Liberal Demokratik (LDP) yang memerintah, telah mentadbir Jepun hampir tanpa gangguan sejak 1945.

Ia akan mengadakan pemilihan kepimpinan pada bulan depan, dengan pemenang bakal menjadi perdana menteri.

“Dalam pilihan raya presiden (parti) ini, adalah perlu untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa LDP sedang berubah dan parti itu adalah LDP baharu,” kata Kishida kepada pemberita di Tokyo.

“Bagi tujuan ini, pilihan raya yang telus dan terbuka serta perdebatan bebas dan bersungguh-sungguh adalah penting.

“Langkah pertama yang paling jelas untuk menunjukkan bahawa LDP akan berubah adalah pengunduran saya,” katanya.

Kishida, 67, memegang jawatan itu sejak Oktober 2021.

Beberapa penilaian tinjauan pendapat berhubung dirinya dan parti pimpinannya merosot mendadak sebagai tindak balas terhadap kenaikan kos yang menjejaskan rakyat Jepun selain beberapa skandal lain. – AFP 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *