PM Bangladesh, Sheikh Hasina lari ke luar negara

BANGLADEH scaled

GAMBAR Januari lalu menunjukkan Sheikh Hasina. – AFP

DHAKA – Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina meletak jawatan dan melarikan diri ke luar negara selepas demonstrasi anti kerajaan menyebabkan beratus-ratus orang terbunuh, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) hari ini.

Beberapa laporan menyebut bahawa beliau dan saudara perempuannya menaiki helikopter tentera ke tempat selamat.

Lokasi Sheikh Hasina masih belum jelas tetapi dia dikatakan menuju ke India.

Kumpulan orang ramai menyerbu kediaman rasmi pemimpin itu di Dhaka walaupun kerajaan menguatkuasakan perintah berkurung dan menyekat internet.

Sekurang-kurangnya 90 orang terbunuh semalam dalam pertempuran antara polis dan penunjuk perasaan, menjadikan angka kematian keseluruhan sejak beberapa minggu lalu meningkat lebih 300. – AGENSI 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *