JAKARTA – Seorang petani berusia 100 tahun tular di media sosial kerana diterima untuk menunaikan haji selepas menabung selama 70 tahun, lapor portal berita Abatanews semalam.
Petani berasal dari Bogor, wilayah Jawa Barat itu dikenali sebagai Sanusi yang lahir pada 3 Februari 1925.
Sanusi berkata, dia mula menabung sejak tahun 1955 sebelum mendaftarkan diri bersama isterinya sebagai calon jemaah haji pada 2019.
Kerja keras mereka membuahkan hasil apabila Sanusi menerima panggilan untuk menunaikan haji tahun ini di Tanah Suci Mekah.
Isteri Sanusi bagaimanapun tidak diterima kerana keadaan kesihatannya.
Dia akan bertolak pada pertengahan Mei ini sekali gus jemaah haji tertua di Bogor. – AGENSI