JAKARTA – Perbuatan sekumpulan remaja berjoget di pesta ‘clubbing’ yang diadakan di hadapan sebuah masjid di Sengkang, wilayah Sulawesi Selatan mengundang kecaman orang ramai, lapor saluran berita Tribunnews semalam.
Kejadian berlaku berhampiran Masjid Agung Ummul Quraa pada Jumaat lalu.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik dalam aplikasi WhatsApp, beberapa gadis dilihat selamba berjoget sambil mengenakan pakaian ketat.
Bahkan ada antara mereka memakai fesyen seluar ‘koyak’ sehingga menampakkan peha.
Peserta-peserta lelaki juga seronok menari tanpa rasa malu.
“Ini parah, kenapa acara joget harus dilakukan di hadapan Masjid Agung Sengkang,” demikian menurut keterangan video itu.
Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan kemarahan orang ramai kerana dianggap tidak menghormati agama Islam. – AGENSI