LONDON – Pesohor Instagram yang juga seorang model fesyen mengumumkan telah menamatkan perkahwinan dengan dirinya sendiri, lapor akhbar New York Post semalam.
Suellen Carey pernah menjadi tajuk berita tahun lalu apabila dia mengikat tali pertunangan dalam majlis pelik dengan dirinya sendiri di London, Britain.
“Malah, komitmen kepada diri sendiri juga memiliki cabarannya.
“Saya meletakkan banyak tekanan pada diri sendiri dan kadang-kadang, ini membuatkan saya letih. Saya faham bahawa walaupun dalam perkahwinan dengan diri kita sendiri, adalah penting untuk menerima ketidaksempurnaan kita,” ujarnya.
Suellen yang berusia 36 tahun itu dilahirkan di Brazil tetapi kini menetap di London.
Katanya, selepas menjalani 10 sesi terapi, dia memutuskan sudah tiba masanya untuk bercerai.
Dalam hantaran di akaun Instagramnya, dia berkongsi tentang perceraiannya dan menulis kapsyen: “Saya perlukan suami baharu.” – AGENSI