Pesawat berlubang \’diserang\’ burung

Viral pesawat scaled

MUNCUNG pesawat IndiGo berlubang selepas \’diserang\’ oleh burung. – Foto SWNS

NEW DELHI – Sebuah penerbangan IndiGo membawa 227 penumpang terpaksa mengisytiharkan kecemasan kepada menara kawalan trafik udara selepas muncung pesawat berlubang, lapor portal berita metro.co.uk kelmarin.

Pengisytiharan kecemasan dibuat ketika pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi di Delhi menuju Srinagar, India pada minggu ini.

Semasa dalam penerbangan, pesawat jenis Airbus A321 itu dilanda hujan batu dan bergegar disebabkan pergolakan udara yang teruk.

Kawanan burung kemudian melanggar pesawat, menyebabkan lubang besar terbentuk pada muncungnya.

Seorang penumpang, Owais Maqbool menulis di platform X: “Ini  adalah pengalaman yang nyaris meragut nyawa kami. Penumpang menjerit. Semua orang takut.”

Namun, kru penerbangan dipuji selepas pesawat itu mendarat dengan selamat di lapangan terbang Srinagar dan tiada seorang penumpang pun cedera. – AGENSI