Pesawat alami masalah tekanan, telinga penumpang berdarah

penumpang berdarah

Gambar fail menunjukkan Lapangan Terbang Antarabangsa Salt Lake City pada 2020. – Getty Images

SALT LAKE CITY, UTAH – Penumpang-penumpang sebuah pesawat Delta Airlines semakin pulih selepas penerbangan dari Utah ke Portland di Oregon mengalami masalah tekanan sehingga menyebabkan hidung mereka berdarah dan beberapa isu lain, lapor saluran berita CNN semalam. 

“Kami dengan tulus ikhlas memohon maaf kepada pelanggan kami atas pengalaman dalam penerbangan 1203 pada 15 September lalu.

“Kru penerbangan mengikut prosedur untuk kembali ke Lapangan Terbang Antarabangsa Salt Lake City, di mana pasukan kami memberikan bantuan segera kepada penumpang yang terkesan,” kata syarikat penerbangan itu.

Penumpang bagi penerbangan tersebut kemudian dipindahkan ke pesawat lain. 

“Masalah tekanan itu dibaiki oleh beberapa juruteknik dan ia kembali beroperasi pada hari berikutnya,” tambahnya. 

Seorang penumpang, Jaci Purser berkata, dia merasakan telinganya seperti ‘ditikam’ ketika kejadian tersebut. 

“Saya terdengar bunyi seperti udara keluar sebelum telinga kanan saya sangat sakit. Saya kemudian menyentuhnya dan mendapati berdarah,” kata Purser. 

Tambah Purser, rakan sekerjanya dan penumpang lain turut mengalami masalah sama.

“Telinga kami mula alami sakit yang teruk dan berdarah ia merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan ketika berada dalam situasi dalam dalam pesawat,” tambahnya. 

Tiada kecederaan serius dilaporkan, tetapi kakitangan perubatan mengenal pasti 10 individu yang memerlukan penilaian atau rawatan susulan.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan berkata, siasatan sedang dijalankan berhubung insiden itu. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *