Perompak guna serbuk cili larikan wang RM2,500

Geli cili

SEORANG suspek perompak guna serbuk cili di sebuah kedai. – Foto X

NEW DELHI – Seorang pemilik kedai di Bijnor, negeri  Uttar Pradesh  dirompak 50,000 rupiah (RM2,500) oleh seorang lelaki bersenjatakan serbuk cili, lapor portal berita The Indian Express semalam.

Kejadian baru-baru ini itu dirakam sistem televisyen litar tertutup (CCTV) sebelum tular di media sosial.

Menurut akhbar The Free Press Journal, seorang lelaki memakai topeng memasuki kedai itu dan menyamar sebagai pelanggan tetap.

Ketika pemilik kedai sedang memproses transaksi caj untuk telefon bimbit suspek, dia tiba-tiba mengeluarkan serbuk cili dari dalam jaketnya.

Dia membaling  serbuk cili ke arah muka pemilik kedai tersebut. 

Suspek dengan pantas mencapai laci dan mengambil wang tunai 50,000 rupiah sebelum  melarikan diri.

Orang ramai bergegas membantu pemilik kedai membersihkan matanya  dan menghubungi pihak berkuasa. Polis masih menyiasat kejadian itu. – AGENSI