JAKARTA – Dua pegawai kerajaan di Indonesia mengundang perhatian orang ramai apabila bertengkar di tengah jalan raya hanya kerana berebut seorang lelaki, lapor portal berita Lambe Turah semalam.
Kejadian berlaku Kota Palu, wilayah Sulawesi Tengah.
Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @etaldetectorcent menunjukkan pertelingkahan mulut antara dua wanita yang memakai seragam korporat sama.
Dua wanita berkenaan merupakan si isteri dan wanita yang digelar sebagai ‘penyondol’.
Hubungan sulit itu dipercayai terbongkar dan diketahui si isteri menyebabkan kedua-dua mereka saling menyerang antara satu sama lain di tengah jalan.
Rakaman itu mencatatkan lebih 251,400 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Penyondol’ zaman sekarang semakin berani,” kata seorang netizen.
“Salahkan si suami! Sudah beristeri masih nak mencari wanita lain!” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI